Senin, 23 Februari 2009

RENANG

o Olah raga renang
o
Renang ialah sejenis senaman yang cemerlang. Oleh sebab ketumpatan tubuh manusia adalah lebih kurang sama dengan ketumpatan air, tubuh disangga oleh air dan oleh itu, tekanan pada sendi dan tulang dikurangkan. Justeru renang sering dipergunakan sebagai senaman untuk pemulihan selepas kecederaan atau untuk mereka yang mengalami kehilangan upaya.
Renang rintangan merupakan sejenis senaman renang yang bertujuan untuk latihan. Ia mengekalkan perenang dalam kedudukan yang tetap untuk analisis kuak atau untuk membolehkan renang dilakukan dalam ruang yang terbatas atas alasan olahraga atau terapi. Renang rintangan boleh dilakukan baik dengan menentang arus (sering diistilahkan sebagai mesin renang ) mahupun dengan mengekalkan perenang dalam keadaan pegun melalui ikatan-ikatan kenyal.
Renang ialah sejenis senaman aerobik kerana tempoh senaman ini yang panjang memerlukan bekalan oksigen yang tetap kepada otot, kecuali semasa pecutan singkat yang otot berfungsi secara anaerob. Sebagaimana dengan kebanyakan senaman aerobik, renang dipercayai mengurangkan kesan tekanan yang buruk.
Risiko renang


Sebuah papan tanda yang memberikan amaran kepada para pengembara berjalan kaki di denai yang menuju ke Pantai Hanakapiai.
Renang umumnya dianggap sebagai suatu kegiatan kesihatan yang berisiko rendah, berbanding dengan banyak sukan yang lain. Bagaimanapun, terdapat sebilangan risiko kesihatan renang yang termasuk:
Mati lemas dan penyedutan air yang diakibatkan oleh:
Keadaan-keadaan air yang buruk yang melanda perenang atau mengakibatkan penyedutan air.
Keapungan negatif ketika tersangkut kepada sebuah objek yang berat, umpamanya kapal yang sedang tenggelam.
Penolakan orang-orang lain di bawah air, baik secara sengaja mahupun tidak.
Keletihan atau ketaksedaran.
Ketakupayaan, akibat pitam air cetek, serangan sakit jantung, sinkope sinus karotid atau angin ahmar.
Kesan buruk perendaman:
Mati lemas sekunder yang diakibatkan oleh sedutan air masin mencipta buih-buih di dalam paru-paru yang menyekat pernafasan.
Sindrom Pernafasan Air, SWAS.
Kejutan terma selepas terjun ke dalam air yang mengakibatkan denyutan jantung berhenti.
Eksostosis yang merupakan pertumbuhan saluran telinga yang tidak normal, akibat mencepuk-cepuk air ke dalam saluran telinga secara kerap dan pada jangka panjang (dikenali sebagai telinga perenang).
Pendedahan kepada kimia:
Disinfektan klorin menaikkan pH air dan jika tidak dibetulkan, akan mengakibatkan kerengsaan mata dan/atau kulit. [1]
Penyedutan gas klorin pada jumlah yang kecil dari permukaan air semasa berenang buat jangka panjang boleh mengakibatkan kesan yang buruk pada paru-paru, khususnya bagi mereka yang menghidap asma. Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan kolam yang mempunyai pengudaraan yang lebih baik, khususnya kolam luar.
Klorin juga mengakibatkan kesan kosmetik yang negatif selepas pendedahan yang lama dan berulang. Ia menghijaukan rambut perang muda dan menghapuskan segala warna daripada rambut perang supaya menjadi keputih-putihan. Klorin juga merosakkan struktur rambut dan menjadikannya "berkeriting halus".
Jangkitan:
Air merupakan persekitaran yang cemerlang untuk banyak bakteria, parasit, kulat, dan virus yang menjejaskan manusia, bergantung kepada mutunya.
Jangkitan kulit yang berasal daripada bilik-bilik renang dan mandi boleh mengakibatkan kutu air. Cara yang paling mudah untuk mengelakkannya adalah dengan mengering ruang antara jari-jari kaki selepas berenang.
Sesetengah parasit mikroskopi seperti Cryptosporidium tahan klorin dan mengakibatkan penyakit cirit-birit apabila para perenang menelan air kolam.
Jangkitan telinga, otitis media, (otitis eksterna).
Perbuatan perenang sendiri:
Kecederaan, akibat berenang berketerlaluan, boleh berlaku. Umpamanya:
para peserta pertandingan gaya rama-rama boleh menghidap sakit belakang, termasuk fraktur vertebra (walaupun jarang) serta sakit bahu, akibat latihan bertahun-tahun;
para perenang gaya dada boleh menghidap sakit lutut serta sakit pinggul; dan
para perenang gaya bebas dan gaya rentang boleh menghidap sakit bahu, sejenis tendonitis yang biasanya dirujuk sebagai bahu perenang.
Hiperventilasi dalam percubaan untuk melanjutkan masa di bawah air akan mengurangkan karbon dioksida darah yang mengakibatkan penahanan dorongan untuk bernafas serta kehilangan kesedaran pada akhir junaman. Untuk mekanismenya, sila lihat pitam air cetek.
Kesan buruk yang diakibatkan oleh air dan cuaca:
Arus, termasuk arus pasang surut dan arus sungai, boleh mengakibatkan keletihan, serta memindahkan perenang dari keadaan selamat, atau menarik perenang ke dalam air.
Angin menerukkan ombak dan mengakibatkan perenang tidak mengikut haluan kerana ditiup angin.
Hipotermia yang diakibatkan oleh air sejuk boleh dengan cepatnya mengakibatkan keletihan serta ketaksedaran.
Selaran matahari boleh diterukkan oleh pantulan di dalam air serta kekurangan pakaian yang dipakai semasa berenang. Pendedahan jangka panjang kepada cahaya matahari boleh menaikkan risiko barah kulit.
Barang-barang di dalam air:
Kerosakan baling-baling merupakan punca kemalangan yang utama, baik kerana berlanggar dengan kapal mahupun kerana tersangkut ketika memanjat ke dalam kapal.
Pelanggaran dengan perenang yang lain, dinding kolam, batu, atau kapal.
Terjun ke dalam objek tenggelam, atau ke dasar, seringnya di dalam air yang keruh.
Tersangkut pada objek tenggelam, khususnya dahan atau kapal yang ranap.
Memijak pada benda yang tajam seperti kaca pecah.
Hidupan akua yang berbahaya:
Sengatan: ampai-ampai dan sesetengah karang
Tembusan: landak laut, kupang zebra (Dreissena Polymorpha), ikan pari
Gigitan: yu serta ikan-ikan yang lain, ular, udang kara, atau ketam
Kejutan elektrik: ikan pari elektrik, belut elektrik.
Aspek undang-undang
undang-undang yang berkait dengan perkara-perkara di atas atau dengan kesopanan (umpamanya renang telanjang)
pelanggaran hak pemilikan.
Latihan renang


Alat-alat bantu renang seperti papan stirofom boleh membantu kanak-kanak belajar berenang.
Kanak-kanak sering diberikan latihan renang yang formal untuk mengembangkan teknik dan keyakinan renang mereka. Secara amnya, mereka tidak berenang secara berasingan sehingga mencapai umur empat tahun. [1]
Di Sweden, Denmark, dan Finland, kurikulum untuk gred lima menyatakan bahawa semua kanak-kanak harus belajar berenang serta bagaimana menangani kecemasan di dalam air. Seringnya, mereka dikehendaki mencapai keupayaan untuk berenang 200 meter (220 ela) — dengan sekurang-kurangnya 50 meter (55 ela) secara berbaring — selepas jatuh ke dalam air yang dalam, dengan kepala mereka di dalam air. Walaupun lebih kurang 95 peratus daripada kanak-kanak sekolah Sweden tahu bagaimana berenang, mati cemas masih merupakan punca kematian yang ketiga paling umum antara kanak-kanak. [2]
Di kedua-dua Belanda dan Belgium, latihan renang semasa bersekolah (schoolzwemmen, renang sekolah) disokong oleh kerajaan. Kebanyakan sekolah memberikan latihan renang. Terdapat tradisi lama latihan renang di Belanda, dengan istilah gaya dada dalam bahasa Belanda membawa pengertian harfiah, "gaya sekolah" (schoolslag ).
Di banyak tempat, latihan renang diberikan oleh kolam renang tempatan yang dikendalikan oleh kedua-dua pihak berkuasa tempatan serta syarikat kegiatan senggang swasta. Banyak sekolah juga memasukkan latihan renang ke dalam kurikulum pendidikan jasmani mereka yang diberikan, baik di dalam kolam sekolah sendiri mahupun di kolam renang awam yang terdekat.
Di United Kingdom, "Skim Tambahan" memerlukan kanak-kanak sekolah yang masih tidak berupaya berenang ketika mencapai umur 11 tahun diberikan latihan harian intensif. Mereka yang tidak berupaya berenang 25 meter sebagaimana yang dikehendaki oleh piawai Kurikulum Negara Great Britain ketika menamatkan sekolah rendah akan diberikan latihan setengah jam setiap hari selama dua minggu pada penggal sekolah. [3]
Di Kanada, terdapat seruan untuk memasuki renang ke dalam kurikulum sekolah kerajaan. [4]
Pakaian
Rencana utama: Pakaian renang


Budak-budak lelaki berenang telanjang di dalam sebuah tangki suci di India.
Kesopanan menyebabkan perkembangan pakaian renang (dan pada Zaman Victoria, mesin mandi).
Pakaian renang lelaki berbentuk seluar renang, seluar dalam pertandingan, atau seluar pendek terpotong yang diperbuat daripada apa-apa saja yang ada. Bahagian badan atas hampir selalu tidak ditutup. Bagaimanapun pada awal abad ke-20, Amerika Syarikat mengharamkan perenang-perenang lelaki yang tidak berbaju.
Pakaian renang wanita umumnya berbentuk pakaian terus gaya tradisional atau pertandingan (umpamanya racerback ) atau bikini. Lagi satu pilihan ialah Tankini, pakaian yang lebih konservatif berbanding dengan bikini tetapi masih bukannya pakaian terus.
Bodyskin merupakan pakaian renang penuh badan wanita yang khusus untuk renang pertandingan dan direka semata-mata untuk mengurangkan seretan kulit (sila lihat pakaian renang pertandingan.

BY:AHMAD SUTISNA W
KELAS:9G

Tidak ada komentar:

Posting Komentar